1 February 2009

penulisan baru

lamanya tak update blog.. malas nak type sebenarnya pasal banyak sangat kerja since start study dekat uitm.. biasalah awal awal semester.

hurm.. where to start eh... owh ya, aku da beli scooter. senang sikit nak pegi class pagi pagi. but not everyday la naik motor, jauh. kadang kadang bawak kete jugak from damansara. at least in term of saving, banyak gak la bleh saving. plus, time bangun tido lambat sket tu yang paling best. anyway, next post will be about my scooter. hari ni nak mengupdate blog ni aje.

lately ni kepala ni runsing pasal assignment, credit transfer, rumah sewa and macam macam lagi la. so bab bab pengurusan harian ni agak kucar kacir sket.

tapi baru baru ni, hari khamis lepas 29 january 2009 perginya seorang teman sekelas, seperjuangan and teman time lunch. dia pergi pukul 3 petang, lepas kene stroke. meninggal dalam tidur. yang bestnya, pukul 3 petang hari jumaat baru aku tau sebab time tu nak call dia tanya pasal assignment. actually kitorang ada janji nak jumpa hari sabtu nak buat assignment sama sama.. adoii.. sebak la pulak ni. walaupun baru sebulan kenal, tapi we guys rapat sebab dia orang yang first aku jumpa bila aku pijak uitm tu. and kitorang sama sama benci jugak ngan uitm ni sebenarnya.. haha.

arwah asal orang penang and dia meninggal di rumah family dia dekat penang jugak, syukur dia sempat jumpa orang tua dia sebelum dia pergi. arwah selamat dikebumi pukul 9 pagi hari jumaat 30 january 09.

untuk arwah Azrul Zafrezal; bro, tak dapat la kita sama sama nak naik stage. aku akan grad nanti, aku grad untuk kau sekali.... al-fatihah.